Thursday 14 April 2011

Syarat Dan Peraturan


SYARAT DAN PERATURAN

BIL
SYARAT DAN PERATURAN
 1
AM

- Sebutharga ini tertakluk kepada perubahan semasa. Kadar harga boleh diubah tanpa notis.
 
 2
TEMPAHAN - PENGESAHAN - JAMINAN TEMPAHAN

- Pengesahan dan jaminan tempahan hanya sah selepas bayaran / deposit dijelaskan secara tunai / LO atau dikreditkan ke dalam akaun resort dan berasaskan "first come first serve basis".
- Salinan bank slip hendaklah di fakskan ke no faks 03-55104516. Jika tidak pihak resort tidak dapat mengesahkan penerimaan bayaran daripada pihak tuan / puan.
 
 3
DEPOSIT

- Bayaran penuh bagi program kurang dari nilai RM 1,000 hendaklah dijelaskan sebaik sahaja bmembuat tempahan.
- Bagi program yang nilainya lebih dari jumlah RM1,000, bayaran deposit sebanyak 50% daripada jumlah keseluruhan hendaklah dijelaskan sewaktu pengesahan tempahan dan bakinya perlu dijelaskan sebelum penyerahan kunci di buat.
- Sekiranya pembayaran adalah melalui Pesanan Kerajaan (LO), sila kemukakan salinannya sebagai deposit beserta dengan surat pengesahan.
- Setiap chalet akan dikenakan deposit cagaran sebanyak RM 50 / minimum RM 300 untuk setiap program. Wang ini akan dikembalikan semula sekiranya tiada kerosakan, kehilangan atau pembelian barangan di dalam resort dilakukan.
 
 4
PEMBAYARAN
a) Bank
Nama :  KALUMPANG RESORT AND TRAINING CENTRE
Cawangan : Tanjung Malim, Perak
No Akaun : 5080 8322 0135

b) Pejabat Kalumpang Resort and Training Centre, Hulu Selangor dan Pejabat Jualan Kalumpang Resort di Shah Alam  
 
 5
POLISI PEMBATALAN / PENANGGUHAN

- Sekiranya ada pembatalan tempahan daripada pihak tuan / puan, notis bertulis hendaklah diberikan kepada pihak resort selewat-lewatnya 30 hari sebelum tarikh program diadakan.
- Pemulangan Deposit
Kurang 30 Hari - Deposit sebanyak 70% dikembalikan
Kurang 14 Hari - Deposit sebanyak 50% dikembalikan
Kurang 7 Hari - Deposit tidak akan dikembalikan.
 
 6
LAIN- LAIN

a) Waktu Check In dan Check Out
- Waktu Check In - Selepas 2.00 petang
- Waktu Check Out - Sebelum 12 tengahari
-Jika tempoh Check In lebih daripada yang telah ditetapkan, tambahan bayaran sebanyak 1/2 hari akan dikenakan.
b) Dokumen lampiran
Pihak pelanggan perlu menyerahkan maklumat berikut kepada pihak resort sehari sebelum tarikh program:
- Surat Pengesahan Program
- Senarai atau bilangan peserta / guru / pegawai / urusetia / fasilitator (Penting untuk tujuan keselamatan, penyediaan makanan dan invois)
- Atucara program
c) Peraturan di dalam resort
Pihak resort telah menetapkan bilangan penghuni di dalam setiap chalet. Seandainya penggunjung membawa bilangan ahli lebih daripada
   jumlah maksimum, caj tambahan akan dikenakan. Maklumatnya seperti berikut:
   Dewasa @ RM 15 / orang
   Kanak-kanak (5 - 12 Tahun) @ RM 10 / orang
   Kanak-kanak (Bawah 5 Tahun) @ FOC
- Pengunjung tidak dibenarkan membawa bahan / senjata api, dadah / ganja, minuman beralkohol dan memabukkan, anjing, makanan yang tidak
   halal dan perkara-perkara yang boleh memudaratkan pelanggan yang lain.
- Pengunjung juga tidak dibenarkan memasak atau membawa alatan memasak ke dalam kawasan resort.
- Pihak resort berhak merampas barangan tersebut sekiranya di dapati pihak pelanggan melanggar peraturan di atas.
- Pengunjung hendaklah sentiasa menjaga kebersihan dan tatasusila semasa berada dalam kawasan resort
- Pengunjung juga di larang memakai pakaian yang tidak sopan dan menjolok mata di dalam kawasan resort.
- Pengunjung di larang mandi di sungai ketika hujan
- Pihak resort tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kemalangan yang berlaku sepanjang menjalankan aktiviti di sekitar resort.
- Sebarang kehilangan atau kerosakan barangan di dalam chalet atau resort akan dikenakan penalti.

No comments:

Post a Comment