Thursday 14 April 2011

Kemudahan


Tapak Perkhemahan





  



Harga : RM 20.00 / Tapak / Hari


Selain tempat penginapan chalet dan asrama, Kalumpang Resort juga tidak melupakan pengujung yang gemar akan aktiviti perkhemahan. Sehubungan dengan itu, sebuah tapak perkhemahan di bahagian atas bukit di Kalumpang Resort telah di bina. Tapak ini boleh memuatkan sebanyak 50 - 70 unit khemah dalam satu masa. Tapak ini turut di sediakan dengan tandas dan bilik air untuk kemudahan pengguna.








Dewan



        
     


Dewan + PA System  = RM500.00
Tambah OHP = RM100.00
Tambah LCD =RM200.00


Selain itu ,kemudahan dewan juga disediakan oleh pihak Resort.Untuk sebuah dewan boleh memuatkan sebanyak 80 unit dalam satu masa.  Kegunaan dewan digunakan untuk persediaan rasmi dan sebagainya.







Surau


        

Kalumpang Resort menyediakan sebuah surau bagi umat Islam  untuk menunaikan solat. Untuk sebuah surau boleh memuatkan sebanyak 100 orang dalam satu masa.













Kafeteria


       

Selain itu, resort tidak lupa menyediakan sebuah kafeteria untuk para pengunjung yang hadir. Dengan adanya kafeteria ini boleh memudahkan para pengunjung menjamu selera. Kafeteria ini boleh memuatkan seramai 200 unit dalam satu masa. Selain itu, tempat karaoke juga disediakan untuk para pengunjung yang hadir.






Wakaf



           


Wakaf kasturi, Wakaf batu, Wakaf sedap malam = RM 50.00
Wakaf Anggerik,Wakaf Kemboja, Wakaf Melati,Wakaf Lily = RM 30.00



Kalumpang Resort juga turut menyediakan kemudahan seperti beberapa buah wakaf yang dibina khas untuk pengunjung yang ingin beristirehat mahupun berkelah bersama keluarga dan rakan.  Wakaf-wakaf yang disediakan  boleh memuatkan sebanyak 10-30 orang dalam satu masa.






Tandas Awam



Tandas awam juga turut disediakan untuk kegunaan pengunjung.




  
Taman rekreasi juga turut dibina di kawasan Kalumpang Resort khas untuk pengunjung yang ingin menikmati keindahan alam serta ingin mendapatkan ketenangan jiwa.



Padang





Padang Besar=RM 100
Padang Kecil=RM 50

Kalumpang Resort juga menyediakan kawasan padang untuk pengunjung yang ingin melakukan aktiviti permainan sukaneka dan lain-lain aktiviti. Padang di Kalumpang Resort terbahagi kepada dua iaitu padang besar dan padang kecil.







Kolam Mandi




      


Kolam mandi yang disediakan oleh pihak Kalumpang Resort terdiri daripada 2 jenis iaitu kolam mandi untuk golongan dewasa dan juga kanak-kanak.

Kolam Ikan








Di Kalumpang Resort juga terdapat kolam ikan. Terdapat beberapa jenis ikan yang terdapat di dalam kolam ikan tersebut.


Tempat Parking



  

Selain itu, Kalumpang Resort juga menyediakan tempat parking untuk para pengunjung yang datang.  Ianya memudahkan pengunjung yang ingin bermalam beberapa hari di Kalumpang Resort.


Kedai Cenderahati


    


Pihak Kalumpang Resort juga menyediakan kedai cenderahati untuk para pengunjung yang hadir. Pengunjung juga boleh membeli cenderahati dari gerai kami sebagai kenangan.
Mini Zoo







Di Kalumpang Resort juga terdapat mini zoo.  Di mini zoo ini, terdapat beberapa jenis haiwan dan burung yang menarik serta comel.  



Mini Market



  

 
Kalumpang Resort juga menyediakan kemudahan minimarket untuk para pengunjung yang berkunjung di Kalumpang Resort.

 
Di Kalumpang Resort  juga terdapat sebuah Coffee House yang berdekatan dengan sungai untuk pengunjung yang ingin menjamu selera dengan hidangan ala carte. Di samping itu, para pengunjung juga boleh menghayati pemandangan sungai yang berhanpiran dengan coffee house sambil menikmati makanan yang terdapat di Coffee House.

No comments:

Post a Comment