Wednesday 13 April 2011

Penginapan Asrama

PENGINAPAN ASRAMA

       

Asrama Murai Batu 1-2, Asrama Raja Udang, Asrama Rajawali 1-2


Harga : RM 600.00 / Unit / Hari

Sebagai memenuhi keperluan pengunjung yang ingin datang berkursus dalam jumlah yang ramai, pihak Kalumpang Resort telah menyediakan 5 unit asrama yang setiap satunya boleh memuatkan sekitar 50 orang. Setiap asrama dibekalkan dengan 25 unit katil ' double decker' dan dilengkapi dengan kipas, tandas dan bilik mandi. 




Mini Asrama

    

Asrama Memerang

Harga : RM 600.00 / Unit / Hari

Selain asrama yang boleh memuatkan seramai 50 orang, asrama ini pula dibina di atas sungai kecil di bahagian hadapan Kalumpang Resort. Ia boleh memuatkan seramai 20 orang dan mempunyai 3 bilik. Asrama ini bukan sahaja sesuai untuk peserta kursus tetapi juga sesuai untuk keluarga. Di dalamnya terdapat kipas dan bilik air. Selain itu, asrama ini juga tidak di sertakan dengan katil, dimana pengunjung akan tidur di atas tilam sahaja bagi mengekalkan ciri-ciri rumah kampung.

    

Asrama Bangau

Harga : RM 300.00 / Unit / Hari

Asrama bangau ini boleh memuatkan seramai 10 orang di mana di dalamnya terdapat 5 buah katil 'double decker'. Asrama ini juga dibekalkan dengan tandas dan kipas serta aircond. Asrama yang terletak di bahagian atas pejabat Kalumpang Resort ini juga sesuai untuk keluarga.

No comments:

Post a Comment