Chalet 1 1/2 Tingkat
Harga
Hujung Minggu : RM 200.00 / Hari / Unit
Hari Biasa : RM 180.00 / Hari / Unit
Chalet 1 1/2 Tingkat ini terdiri dari dua jenis iaitu Chalet Kenari (2 Unit) dan Chalet Camar (5 Unit). Kedua-dua chalet ini dilengkapi dengan sebuah loteng yang turut dijadikan sebagai tempat tidur. Chalet binaan kayu dan batu ini setiap satunya, boleh dihuni oleh 5 - 6 orang. (Maksimum 6 Orang).
Walaupun mendapat sentuhan ala kampung, chalet ini turut dilengkapi dengan televisyen, ASTRO, kipas dan aircond. Chalet Kenari terletak berhampiran sungai manakala Chalet Camar berada di bahagian hadapan resort dan di dalam taman yang dilengkapi dengan kolam ikan, pokok buah-buahan dan lanskap yang memukau hati setiap pengunjung.
1 1/2 Tingkat Besar
Harga
Hujung Minggu : RM 250.00 / Unit / Hari
Hari Biasa : RM 230.00 / Unit / Hari
Chalet 1 1/2 Tingkat Besar atau lebih dikenali sebagai Chalet Merak berada betu-betul dihadapan kolam mandi kanak-kanak. Rekabentuknya sama dengan Chalet 1 1/2 Tingkat Biasa, cuma chalet ini lebih luas berbanding Chalet 1 1/2 Tingkat Biasa.
Chalet ini berkembar dan mempunyai 'connecting door' yang menghubungkan kedua-duanya.
Ia dilengkapi dengan 1 unit katil kelamin di tingkat bawah, manakala di tingkat atas terdapat 4 unit tilam bujang selain kemudahan televisyen, aircond, kipas di tingkat atas serta astro. Chalet ini amat sesuai untuk pengunjung yang berkeluarga di antara 7 - 8 orang (Maksimum 8 Orang), kerana kedudukannya yang berhampiran dengan kolam mandi, serta berada di tengah-tengah resort.
Chalet Villa Suite
Harga
Hujung Minggu : RM 200.00 / Unit / Hari
Hari Biasa : RM 180.00 / Unit / Hari
Chalet Villa Suite ini merupakan chalet 2 tingkat dan setiap tingkatnya mempunyai 2 unit chalet. Chalet binaan batu ini setiap satunya mempunyai 1 bilik yang dilengkapi dengan 2 unit katil bujang serta 1 unit pull out dan aircond. Di ruang tamunya pula terdapat 1 unit set sofa, televisyen, astro, kipas dan almari pakaian. Setiap unit chalet ini sesuai untuk 2 - 3 orang (Maksimum 4 Orang). Walau bagaimanapun, ruang tamunya masih selesa untuk tambahan 1 unit tilam bujang. Chalet ini amat diminati oleh pengunjung kerana binaannya yang mesra pelanggan.
Chalet Tepi Sungai
Harga
Hujung Minggu : RM 200.00 / Unit / Hari
Hari Biasa : RM 180.00 / Unit / Hari
Terdapat 7 unit chalet di bawah Chalet Tepi Sungai iaitu Tiung (2 Unit), Merbah (2 Unit), Tempua (2 Unit) dan Nuri (1 Unit). Chalet yang berada berhampiran dengan sungai ini amat unik bukan hanya kerana keindahan tumbuhan yang merimbun, serta pemandangan sungai yang mengasyikan, bahkan tidur anda turut diulit dengan alunan sungai yang tiada henti. Chalet ini sesuai untuk 2 - 3 orang (Maksimum 4 Orang) dimana di dalamnya terdapat 1 unit katil kelamin, Televisyen, aircond, kipas dan astro. Gabungan binaan kayu dan batu ini pasti menjanjikan keselesaan buat pengunjungnya.
Harga
Hujung Minggu : RM 270.00 / Unit / Hari
Hari Biasa : RM 240.00 / Unit / Hari
Chalet VIP Suite ini terdiri dari 2 unit chalet iaitu Merbuk (1 Unit) dan Serindit (1 Unit). Kedua-dua chalet ini terletak di bahagian tengah resort di mana kedua-duanya mempunyai ruang tamu dan bilik. Chalet ini boleh memuatkan seramai 2 - 3 orang seunit (Maksimum 4 Orang) dan di dalamnya terdapat 2 unit katil bujang, Televisyen, kipas, astro dan aircond serta seunit almari pakaian selain set sofa.
Chalet Serindit merupakan binaan kayu sepenuhnya. Ia di lengkapi set sofa rotan yang menambah ciri-ciri tradisi rumah Melayu, manakala Chalet Merbuk pula menggabungkan kayu dan batu sungai dalam binaannya. Ruang tamunya pula dilengkapi dengan satu set sofa buatan kayu yang sedondon dengan binaannya. Kedua-dua chalet ini bukan sahaja memiliki seni reka yang menarik tetapi turut dihiasi dengan landskap yang cantik.
Harga
Hujung Minggu : RM 270.00 / Unit / Hari
Hari Biasa : RM 240.00 / Unit / Hari
Chalet River View ini terdiri dari 2 jenis iaitu chalet Kasawari (4 Unit) dan Tekukur (1 Unit). Chalet Tekukur
Chalet Tekukur yang dibina hasil gabungan kayu, batu dan nibong boleh memuatkan seramai 2 - 3 orang (Maksimum 3 Orang) dalam satu masa dimana ia dilengkapi dengan 2 unit katil bujang, 1 unit almari, kipas, televisyen, astro dan aircond. Chalet ini terletak di tepi jalan menuju ke sungai dan binaan tanpa tangga ini digemari kerana lebih mesra pengguna.
Chalet Kasawari
Terdapat 4 unit chalet Kasawari. Kesemuanya mempunyai keistimewaan yang tersendiri. Chalet ini berada betul-betul di tepi sungai dan dihiasi dengan landskap hasil gabungan batu sungai dan pokok bunga.
Chalet Kasawari 1
Chalet Kasawari 1 boleh memuatkan seramai 4 - 5 orang (Maksimum 5 Orang) dalam satu masa. Chalet ini mempunyai 1 bilik yang dilengkapi dengan 1 unit katil dan aircond. Manakala ruang utamanya dilengkapi dengan 2 unit katil bujang, televisyen dan astro serta kipas.
Chalet Kasawari 2
Chalet Kasawari 2 juga mempunyai sebuah bilik seperti di Kasawari 1 dimana di dalamnya terdapat 1 unit katil kelamin. Di bahagian ruang tamu pula terdapat sebuah katil bujang beserta 1 unit sofa, televisyen dan astro serta kipas. Chalet ini turut dilengkapi dengan aircond. Ia boleh memuatkan sekitar 3 orang (Maksimum 4 Orang) dalam satu masa dan keistimewaan chalet ini adalah berandanya yang luas, selesa serta kedudukannya yang menghadap ke arah sungai.
Chalet Kasawari 3 dan 4
Chalet ini agak unik kerana terdapat sebuah ruang masak disediakan di dalam chalet ini. Malah segala kelengkapan dapur seperti dapur, tong gas, periuk serta kuali di sediakan. Chalet ini hanya di lengkapi dengan 2 unit katil bujang dan turut disediakan di dalam chalet ini adalah, televisyen, astro, aircond serta almari. Chalet ini boleh memuatkan seramai 2 - 3 orang (Maksimum 3 Orang) sahaja.
Chalet Atas Bukit
Harga
Hujung Minggu : RM 180.00 / Unit / Hari
Hari Biasa : RM 150.00 / Unit / Hari
Chalet Atas Bukit atau lebih dikenali sebagai Chalet Kelicap terdiri daripada 7 unit chalet.
Chalet ini terletak di bahagian lereng bukit dan konsepnya hampir sama dengan Chalet 1 1/2 Tingkat. Chalet ini mempunyai loteng dimana di loteng tersebut terletak 3 unit tilam bujang beserta kipas, manakala di bahagian bawahnya terdapat 2 unit katil bujang. Setiap chalet ini dilengkapi dengan kemidahan tandas, televisyen, ASTRO dan Kipas. Pengunjung pasti teruja dengan pemandangan yang boleh dilihat dari chalet ini. Ia sesuai untuk 5 - 6 orang (Maksimum 6 Orang) dalam satu masa. Walaupun tidak dibekalkan dengan kemudahan aircond, namun kedudukannya di kawasan tinggi menjadikan ia lebih sejuk dari chalet-chalet yang lain.
Chalet Hill Homes
Harga
Hujung Minggu : RM 120.00 / Unit / Hari
Hari Biasa : RM 100.00 / Unit / Hari
Chalet ini di bina di puncak Kalumpang Resort. Chalet ini terdiri dari 2 unit chalet iaitu Enggang dan Cenderawasih. Chalet ini hampir sama dengan konsep chalet 1 1/2 Tingkat di mana ia boleh memuatkan seramai 5 - 6 orang (Maksimum 6 Orang) dalam satu masa.
Di dalamnya terdapat 2 unit katil bujang di bahagian bawah dan 3 unit chalet di bahagian loteng. Chalet ini amat sesuai untuk pengunjung yang gemar akan suasana yang lebih privasi dan mencabar kerana untuk sampai ke chalet ini pengunjung perlu mendaki bukit melalui laluan yang di sediakan. Selalunya ia di jadikan chalet persinggahan bagi aktiviti pacuan 4 roda.
Harga
Hujung Minggu : RM 200.00 / Unit / Hari
Hari Biasa : RM 180.00 / Unit / Hari
Chalet Kabin atau lebih dikenali dengan nama Chalet Layang-layang mempunyai 10 unit di mana setiap satunya boleh memuatkan seramai 8 orang (Maksimum 8 Orang). Chalet ini mempunyai 4 unit katil 'double decker', Televisyen, Kipas, ASTRO dan Aircond. Kesemua chalet ini terletak berhampiran dengan sungai dan pintu pagar kedua Kalumpang Resort. Chalet ini amat sesuai untuk peserta kursus memandangkan kedudukannya yang berhampiran dengan dewan, padang dan kafe. Landskap chalet ini amat mengujakan dengan kehadiri sungai kecil
dan kolam serta wakaf yang dibina berhampiran.
Chalet Perindu
Chalet ala Flintstone ini di bina di bahagian atas bukit berhampiran dengan kolam buatan dan di penuhi oleh pohon buah-buahan. Chalet ini menawarkan kemudahan tempat memasak untuk kemudahan pengunjung yang gemar menyediakan juadah sendiri untuk keluarga. Selain Televisyen dan ASTRO, chalet ini turut dilengkapi dengan peralatan memasak seperti dapur, tong gas, kuali periuk dan cerek serta pelbagai kelengkapan lain.
Chalet ini amat sesuai untuk keluarga yang sukakan aktiviti yang lebih privasi dan ia lebih menyeronokkan apabila tiba musim buah-buahan. Terdapat perbezaan di kalangan chalet ini antaranya:
Perindu (1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 9 dan 10)
Harga
Hujung Minggu : RM 270.00 / Unit / Hari
Hari BIasa : RM 240.00 / Unit / Hari
Chalet ini dilengkapi dengan 3 unit katil bujang dan
boleh ditambah dengan beberapa unit tilam lagi. Chalet ini boleh memuatkan seramai 3 - 4 Orang Dalam satu
masa (Maksimum 4 orang). Dilengkapi dengan kemudahan aircond
Perindu (8 dan 11)
Harga
Hujung Minggu : RM 240.00 / Unit / Hari
Hari BIasa : RM 220.00 / Unit / Hari

masa (Maksimum 4 orang). Hanya dilengkapi dengan kipas sahaja.

Chalet VIP Suite

Chalet River View

Chalet Kabin

No comments:
Post a Comment